Chuka Brazilian Soursop Vinegar (Cuka Durian Belanda Brazil)

 





Produk: Chuka Brazilian Soursop Vinegar (Cuka Durian Belanda Brazil)


Info:


SPESIFIKASI PRODUK:


1. Dibuat dari buah durian belanda jenis Brazil yang ditanam di ladang milik kami.

2. Diproses menjadi cuka secara natural dan alami

3. Kaedah pembuatan ialah double fermentation yang membuat cuka ini mempunyai kepekatan yang lebih kuat berbanding cuka jenis lain yang berada di pasaran.

4. Namun, produk cuka kita telah dibuat ujian di MARDI untuk ujian keselamatan dan kandunga nutrisi produk.

5. Produk ini ialah produk buatan Muslim Melayu.

6. Produk 100% natural.

7. Tiada tambahan pengawet, pewarna, atau penambah rasa.



KEBAIKAN CUKA:


1. Membantu baik pulih sistem penghadaman

- Membantu merangsang pengeluaran asid dan enzim di dalam perut

- Membantu meningkatkan kadar penyerapan nutrisi makanan yang dimakan.

- Mengurangkan sakit yang disebabkan oleh sembelit, kembung dan angin.


2. Sebagai makanan bagi meningkatkan imuniti badan

- Durian belanda mempunyai vitamin C yang tinggi.

- Durian belanda mempunyai bahan kimia jenis tumbuhan khusus iaitu acetogenin yang berfungsi untuk anti kanser.


3. Mengawal kadar gula dalam darah

- Cuka memperbaiki hati (liver), jadi ia membantu menurunkan kadar gula dan mengurangkan risiko diabetes.


4. Mengurangkan berat badan

- Membantu meningkatkan metabolisma badan untuk membakar kalori bagi mengekalkan hidup. Jika apa yang dimakan tidak dibakar untuk digunakan badan, maka boleh jadi ia akan jadi toksik atau lemak yang membahayakan badan


5. Kaya dengan anti oksidan

- Membantu melawan radikal bebas, yang boleh merosakkan sel badan dan menyebabkan penuaan.


6. Mengurangkan Keradangan

- Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti arthritis iaitu sakit sendi seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis dan gouty arthritis.


7. Detoksifikasi

- Membantu membersihkan hati dan buah pinggang dengan meningkatkan proses detoks semula jadi.

- Melancarkan perjalanan darah dan air kencing



CARA PENGGUNAAN


1. RAWATAN TRADISIONAL

a) Campurkan 1 sudu camca cuka durian belanda ke dalam segelas air suam atau air sejuk. Juga boleh dicampur dengan air teh atau kopi.

b) Elok diminum semasa atau selepas makan untuk manfaat maksimum. 

c) Kerana ia memperbaiki asid perut dan membantu pencernaan dan meningkatkan kadar penyerapan nutrisi dengan adanya cuka pada masa yang sama makanan dimakan juga sangat membantu meningkatkan selera makan terutamanya untuk mereka yang mengalami penyakit.



2. DALAM MASAKAN

- Boleh digunakan secara terus sebagai bahan dalam sos salad, perapan daging, atau bahan tambahan dalam masakan.







Comments